IKEA tidaklah menceburkan perniagaan kepada bahagian Haiwan Belaan. Cuma katil model Duktig diubah suai untuk dijadikan katil kepada pembela Kucing.
Katil Duktig ini sebenarnya katil untuk anak patung. But why bazirkan benda untuk bukan hidup kan?
Jepun merupakan negara yang mempunyai kadar jenayah paling rendah di dunia. Patutlah di mana mana tempat terdapat mesin vendor. (Masa sekolah panggil, Mesin Air Gedengang), tak ramai yang lalukan vandalisma di sana. Mesin Vendor di sana tersangat la banyak. Tak kira ceruk hutan bukit bukau, mesti sekurang kurangnya ada satu mesin vendor.
Mesin vendor tidaklah terhad kepada air minuman tin sahaja. Terdapat mesin vendor buah buahan, telur, payung. air batu, JAMBANGAN BUNGA dan macam macam lagi lah.
Awesome duh!
Set surealistik yang berkualiti tinggi pratikal untuk kusyen lantai. Bantal yang berbentuk batu batu kerikil bersaiz besar boleh disusun mengikut mood untuk kawasan rehat atau sebagai hiasan dalaman. Bantal Batu ini boleh dibeli di Smarin Shop dan terdapat pelbagai saiz dan bentuk. Boleh digunakan untuk kanak kanak bermain Fun! DOH!